Minggu, 21 November 2010

Tiada sebarang Perjuangan untuk menuntut kemerdekaan di sulu yang melibatkan Majlis Kesultanan Sulu.



           Sepertimana yang telah di hebah dan digembar-gemburkan baru-baru ini oleh beberapa blog yang menulis tentang perjuangan bangsa Suluk di sulu mengenai tuntutan kemerdekaan yang kononnya diisyhtiharkan pada tarikh 17 November 2010 pada hari Rabu lepas, di sini kami ingin mengeluarkan kenyataan rasmi dari wakil penerangan blog pewaris Keluarga kedua Maharaja Adinda Aranan bahawa tiada sebarang perjuangan untuk menuntut kemerdekaan di sulu yang melibatkan mana-mana waris keluarga di dalam Majlis Kesultanan Sulu samada dari waris keluarga Kiram mahupun keluarga Aranan.

          Pihak kami menyatakan bahawa kemerdekaan ini bukanlah di rancang atau di dalangi oleh keluarga di Raja bagi keluarga Aranan tetapi adalah di rancang serta di dalangi oleh pihak United Tausug Citizen (UTC) ataupun United Tausug People (UTP).

          Baru-baru ini pihak kami telah berhubung dengan Rajamuda Datu Muedzullail Kiram Ibni Almarhum Sultan Mahakuttah Kiram selaku wakil keluarga pertama bagi keluarga Kiram. Menurut beliau, pada hari rabu, 17 november 2010 yang berkenaan Hari Raya Aidil Adha satu Perbarisan telah di adakan di dalam Bandar Sulu di mana perbarisan tersebut di ketuai oleh rakyat-rakyat sulu yang di jaga oleh Pihak Polis kerajaan Filipina (Philipines National Police-PNP). Perbarisan oleh rakyat-rakyat sulu tersebut adalah Perbarisan sempena menyambut ulang tahun Sistem Pemerintahan  Beraja di sulu yang ke 604 dan di samping itu merayakan pesta Hari Raya Qurban di negara Sulu.
 

          Seperti yang telah di hebahkan secara meluas dalam blog-blog lain yang telah menulis kenyataan mengenai kemerdekaan Sulu adalah tidak benar kerana amat jelas sekali wakil-wakil kami di Sulu tidak menyatakan bahawa adanya kemerdekaan sulu yang di perjuangkan seperti yang telah di hebahkan. Pihak Kami juga ingin mengulas bahawa isu “Kemerdekaan Sulu 17 November” yang lalu bukanlah atas dasar rundingan pihak UTC/UTP dengan pihak kami tetapi adalah atas dasar perjuangan mereka secara Individu.

          Oleh itu, saya menyeru seluruh pihak agar jangan mempercayai mana-mana perjuangan kemerdekaan di sulu yang bukan bersifat menyeluruh kerana setiap kemerdekaan haruslah mendapat persetujuan seluruh pihak samada rakyat, badan kerajaan atau bukan kerajaan, parti-parti politik mahupun majlis kesultanan Sulu. Sekali lagi kami ingin mengingatkan bahawa perjuangan kemerdekaan 17 November yang lalu bukanlah di dalangi oleh Waris-waris sultan terutama waris keluarga kedua Aranan. Oleh yang demikian, Segala kesilapan dan kesalahan amatlah di kesali.