Rabu, 09 Februari 2011

Sultan Sabah melantik diri Sah “Penyamar”


Baru-baru ini rakyat Sabah sekali lagi di gemparkan dengan satu perlantikan Sultan yang amat mengejutkan seluruh rakyat sabah dalam dan luar. Perlantikan yang di buat pada 4 februari  lepas di lakukan oleh individu-individu yang bukan berasal dari keluarga di raja Sulu. Di fahamkan bahawa individu  yang melantik dirinya sultan ialah Akjan Bin Ali Muhammad beserta beberapa ahlinya iaitu Albi Julkarnain dan Meltino Sibulan yang telah di lantik sebagai kabinet bagi kerajaan nya yang tidak sah.
Penulis selaku wakil kepada seluruh keluarga waris kerabat di raja Sulu amat kesal dengan tindakan tidak munasabah yang telah di lakukan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini. Akjan Bin Ali Muhammad yang merupakan bekas tahanan ISA bukan keluarga kerabat di raja Sulu kerana dengan jelas setelah di kaji selidik latar belakangnya merupakan penyamar yang menggunakan nama kerabat diraja serta gelaran Datu di raja Sulu. Menurut ahli keluarganya yang sebenar yang berada di Sandakan,Beliau ini merupakan anak  kelahiran Kepulauan Siasi yang telah Berjaya mendapat hak anak angkat sebagai anak tempatan di limau-limauan, Kota Kinabalu Sabah daripada ayah angkatnya Ali Muhammad yang jelas sekali bukan berketurunan Datu di raja Sulu.
Apa yang lebih mendukacitakan, Upacara Perlantikan beliau itu telah di lakukan oleh beberapa orang individu bekas pengikut Sultan Bantilan Muizuddin-II di Sulu. Di fahamkan mereka-mereka ini telah mengkhianati perjuangan Sultan mereka serta melelapkan wang dana peruntukan Sultan Bantilan Muizuddin-II di Sulu, hal ini telah pun di beritahu melalui panggilan telefon penulis  kepada beliau di Sulu.
Di kesempatan ini, penulis ingin mngingatkan seluruh rakyat sabah di Malaysia ini agar tidak terlalu bimbang dengan hal-hal seperti ini. Kerana mereka-mereka yang cuba menjadi sultan di sabah ini di tabalkan dengan cara yang tidak sah. Penulis juga telah berhubung dengan seluruh waris kesultanan sulu yang berada di Malaysia dan di selatan Filipina telah memberitahu bahawa perjuangan mereka ini tidak melibatkan mana-mana waris dari keturunan keluarga Kiram, Aranan ataupun Shakiraullah, Kerana perjuangan pewaris di raja sulu yang sebenar adalah membebaskan Sulu Di selatan Filipina daripada cengkaman konflik Politik kerajaan Filipina, bukan untuk menuntut Sabah dari kerajaan Malaysia yang telah merdeka sejak sekian Lama walaupun Kerajaan Malaysia masih membayar wang pajakan setiap tahun kepada pewaris kesultanan Sulu (9 Heirs) namun seluruh rakyat serta kerabat keluarga di raja Sulu akan terus mengiktiraf kemerdekaan sabah tanpa di ganggu gugat lagi.
Penulis Juga telah di beritahu oleh waris keluarga kiram iaitu Yang Mulia Rajamuda Datu Muedzullail Kiram Ibni Almarhum Sultan Mahakuttah Abdullah  Kiram pada beberapa hari lepas akan membuat satu petisyen bagi memfailkan kes saman bagi individu penyamaran yang melibatkan nama kesultanan Sulu. Laporan Juga akan di buat oleh waris-waris keluarga Aranan di Malaysia dan juga di Filipina bagi menangani masalah penyamaran kesultanan Sulu yang semakin berleluasa di Negara Malaysia ini.
Penulis Berharap agar kerajaan negeri Sabah harus mengambil tindakan segara bagi membendung masalah seperti ini yang saban tahun nya sering berlaku. Sekali lagi penulis mewakili seluruh keluarga pewaris kesultanan Sulu tidak terlibat dengan mana-mana isu yang melibatkan tuntutan Sabah untuk di merdekakan ataupun di tuntut semula. Semoga seluruh rakyat dapat hidup dalam keadaan yang aman dan sejahtera.